Tuesday, January 18, 2011

Kebutaan Yang Sesungguhnya Adalah Kebutaan Hati





Masa itu tiada lain hanya kesulitan
lalu kemudahan datang mengiringinya
atau kesempitan, lalu kelapangan datang sesudahnya




    Ada seorang lelaki yang hidup dalam kebutaan , namun ia sangat bahagia bersama isteri yang menyintai dengan tulus, anaknya yang berbakti, dan seorang temannya yang sangat jujur. Satu-satunya yang mengurangi kebahagiaannya adalah kegelapan hidup yang diharunginya. Dia berharap suatu hari nanti dapat melihat cahaya, sehingga dia dapat menyaksikan kebahagiaan yang utuh dengan mata kepalanya sendiri.

   Di kawasannya terdapat seorang doktor pakar mengenai mata. Ia pergi menemuinya dan meminta ubat kepadanya agar penglihatannya dapat dikembalikan seperti sediakala. Si doktor itu memberi ubat berbentuk cecair yang dititiskan ke mata. Doktor tersebut berpesan kepadanya :

" Dengan menggunakan ubat ini secara teratur, nescaya engkau akan dapat melihat cahaya kembali secara mendadak dalam waktu yang tidak dapat ditentukan."

    Lelaki itu terus menerus menggunakan ubat tersebut, sedang orang-orang yang berada disekitarnya telah putus asa dari kesembuhannya. Akan tetapi, sesudah ia menggunakan ubat itu beberapa hari, ia dapat melihat cahaya kembali dan merasakan bahawa dirinya duduk di depan rumahnya. Dia seolah-olah menjadi gila kerana terlalu bahagia dan gembira. Lalu dia bergegas lari ke dalam rumahnya untuk mengkhabarkan berita yang teramat menakjubkan ini kepada isterinya yang tercinta. Namun bagai disambar petir, dia mendapati isterinya sedang bermadu asmara dengan sahabatnya yang ternyata telah mengkhianatinya. Ia hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Selanjutnya, ia beralihke bilik yang lain untuk melihat anak lelakinya, maka ia mendapati anak lelakinya sedang membuka peti besinya dan mencuri harta di dalamnya.

     Orang buta itu kembali ke tempatnya seraya berteriak :

                       " Ini bukanlah terapi doktor. Ini adalah sihir yang gila."

Dia pun mengambil paku dan mencungkil matanya sendiri. Akibatnya dia kembali buta seperti sediakala dan menemukan kebahagiaan yang pernah ia rasakan sebelumnya.


Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan Aku sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa yang mendatang. Untuk itu, mengapa Aku harus menyesali masa lalu atau merasa cemas dengan masa mendatang...????

No comments:

Post a Comment