Wednesday, January 19, 2011

Rahsia Diet Wanita



Semua orang tahu apa itu ‘DIET’ tetapi berapa ramaikah yang tahu bagaimana melakukan ‘DIET’ yang betul dan berkesan khusus bagi para wanita yang ingin kelihatan langsing, berseri wajah serta sihat tubuh badan dengan lebih mudah dan cepat? Ramai yang salah faham  dengan ‘DIET’

Bila sebut ‘DIET’ ramai diantara kita khususnya wanita salah faham termasuk lah aku. Jamu, pil diet, ubat-ubatan menguruskan badan dan bermacam lagi merupakan perkara yang terlintas di minda ramai para wanita apabila percatan ‘DIET’ disebutkan kepada mereka.

‘DIET’ sebenarnya adalah terma bagi amalan pemakanan. ‘DIET’ yang sihat adalah amalan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai jenis makanan perlu ada bagi memastikan kesemua khasiat serta nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.



Memang tidak dinafikan dengan melakukan ‘DIET’ yang betul ia mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih ‘natural’.
 
Fakta yang perlu anda ambil perhatian :

Jenis Diet
Tugas
Kesan
Pengambilan Herba/JamuMemberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkan selera makan.
Kesan jangka panjang : rasa loya, rasa lesu, sembelit dan tekenan darah yang rendah
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrien
Pengambilan Pil Diet
Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkn selera makan untuk sementara waktu sahaja.
Kesan jangka panjang : boleh menyebabkan kebergantungan pengambilan pil yang serius
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrient pda badan
Penggunaan Julap / Teh PelangsingMenggalakkan kesusutan air dalam badan.Kehilangan air yang banyak namun lemak tetap tinggal dalam badan
Mengakibatkan kekurangan karbohidrat yang menyebabkan ketosis iaitu dimana proses penguraian lemak di badan tidak dapat dilengkapi

Sumber : “Makan Dengan Bijak – Pelaburan Sepanjang Hayat” terbitan Jabatan Dietik & Dietari, Institut Jantung Negara


Kementerian Kesihatan, menerusi laman web www.infosihat.gov.my, misalnya memberi petua menarik yang boleh diamalkan ramai iaitu diet 5M.
Diet yang juga pendekatan memastikan rakyat mengamalkan pengambilan makanan secara sihat itu menekankan aspek 5M – mengurangkan gula, mengurangkan garam, mengurangkan minyak, melebihkan buah-buahan dan melebihkan sayur-sayuran.
Bagaimana mahu mengurangkan gula sepanjang lebaran yang sudah sinonim dengan biskut, minuman ringan yang sarat gula? Gula sebenarnya boleh wujud secara semula jadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minuman ringan, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional).
Mengurangkan gula
Perlu diingat, pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk bagi gula semula jadi atau gula tersembunyi. Namun gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.

Mengurangkan garam
Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan membahayakan kesihatan. Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan. Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

Mengurangkan minyak
Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang sedangkan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit. Untuk rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.

Melebihkan buah-buahan
Makanan ini sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Apa kata, gunakan buah-buahan untuk dijadikan pengganti pemanis mulut. Buah-buahan pelbagai rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Lebih menarik, ia kaya vitamin C yang amat diperlukan badan.

Melebihkan sayur-sayuran
Selain hidangan daging dan ayam, sayur-sayuran yang kaya serat dan zat mineral ini juga boleh dijadikan juadah. Ini kerana kandungannya itu amat penting bagi tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah. Sehubungan itu, hidangan sayur-sayuran amat penting semasa menikmati juadah lebaran kerana dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam. Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah utama.

Tip kurangkan gula
# Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.

# Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
# Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resipi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
# Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
# Kurangkan gula dalam makanan.

No comments:

Post a Comment