Tuesday, January 18, 2011

Mari-Mari Cultural Village



Kalau kita ke Sabah, kita tidak akan dapat pergi ke setiap daerah untuk mengenali budaya semua kaum di sini. Kalau kita ke Monsopiad Cultural Village, kita sebenarnya ke kampung budaya kaum Kadazan sahaja dan tidak kaum yang lain. Begitu juga kalau kita ke kampung warisan di dalam muzium Sabah, kita hanya tahu rumah-rumah kaum di Sabah saja tanpa mengenali  pakaian dan tarian mereka.

Terdapat sebuah tempat di Kota Kinabalu (KK) , Jalan Kionsom berhampiran dengan kawasan air terjun Kionsom terdapat satu tempat kebudayaan yang sangat bersih serta masih  terjaga flora dan fauna nya menempatkan hampir ke semua rumah kaum-kaum yang terbesar di Sabah ni. MARIMARI CULTURAL VILLAGE.


Tempat ni sangat terjaga dan bersih dengan sebatang sungai mengalir di dalamnya dan dibuat bagaikan sebuah perkampungan masyarakat asli di sini. Bila saja kita masuk ke dalam kawasan ni selapas membuat bayaran di kaunter penyambut tetamu, kita akan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan dan salah seorang akan dilantik sebagai ketua kumpulan. Penerangan ringkas akan diberikan oleh pemandu pelancong.



Jalan masuk ke sini saja kita kena melalui jambatan gantung yang rendah yang merentangi sungai di tengah tengah perkampungan tersebut. Dan sebaik melepasi jambatan gantung, kita akan disambut oleh sekumpulan 'penduduk kampung' yang memakai pakaian tradisi mereka.





Kemudian kita akan dibawa sekitar perkampungan dan melihat aktiviti harian penduduk kampung masa dahulu dan ikut sama beraktiviti seperti memasak makanan, menyumpit, memanah dan sebagainya lah. Di sini lah kita diperkenalkan satu persatu dengan setiap jenis rumah di sini mengikut kaum. Dusun, Rungus, Bajau dan sebagainya... rasanya hanya yang terbesar dan tidak begitu terperinci seperti di kampung warisan.





salah satu peralatan yang digunakan untuk minum air yang bentuknya lebih kurang seperti cawan diperbuat daripada buluh. Bagi  orang lelaki ditajamkan hujungnya bagi digunakan sebagai senjata...







                          aktiviti memasak yang turut disertai oleh pelancong yang datang.








Dan inilah yang dimasak, kuih kapit yang diperbuat dari beras... sejenis kuih tradisional



Sejenis lagi makanan yang di masak ala ala lemang iaitu makanan di atas dicampurkan di dalam buluh dan di bakar... apa yang kita campurkan semasa lawatan akan dihidangkan kembali di waktu akhir nanti masa makan siang.



Satu lagi cara memasak tradisi yang menggunakan tempurung

          menyediakan minuman perasa pandan yang sangat sedap juga mengikut cara tradisi

Satu cara memasak gaya dulu dulu yang menggantung periuk di tengah tengah dapur...




aktiviti membuat tatoo





                                   sejenis rokok tradisional (sigup)


                                                                      menyumpit....

Setelah semua tempat dilawati, kita akan di bawa ke bahagian akhir iaitu untuk makan siang, petang atau malam (bergantung waktu mana kita datang). Ini bermaksud kalau kita datang pagi akan ada makan tengah hari, kalau kita datang petang akan ada high tea dan kalau kita datang malam akan ada dinner, begitu menurut pemandu pelancong kami lah. Dan menurut kata lagi kononnya kalau datang malam, akan ada sedikit kelebihan di mana diorang akan bermain dengan unggun api. Tak tahu lah benar tak benar.







Di penghujung lawatan ini kita akan dihidangkan dengan tarian tradisional penduduk di Sabah sambil menikmati juadah yang disediakan. Kita juga boleh menyertai dalam tarian kalau diundang dan selepas semua selesai boleh lah kita pulang.


     pelancong diundang untuk beraktiviti menari bersama sama...

juga terdapat gerai jualan cenderamata untuk di bawa pulang..


Bagaimanapun bayaran masuk agak mahal, di mana seorang tu dalam RM180 begitu atau kurang tetapi ia berbaloi kerana  makan yang disediakan dan khidmat pemandu pelancong sangat memuaskan. Sangat menarik, sangat terhibur dan sangat menggembirakan.

Antara makanan yang dihidangkan kepada para pelancong...Menu adalah berbeza-beza setiap hari....

                                         labu masak kari




     ulam-ulaman

  kubis goreng

    tuna masak sos kacang hitam

    ayam masak kicap

 terung bakar

sambal belacan

dan buah-buahan sebagai pencuci mulut

( ihsan dari blog Bro Bear : merawansiputjantan.blogspot.com )

No comments:

Post a Comment